Hari ni Afiq akan disunatkan beramai ramai di Sek KEb KG MAju JAya. Macam biasalah maam semangat dan Afiq dapat giliran no1. Semua peserta akan dimandikan menggunakan pili bomba oleh abang bomba. Pengalaman untuk Afiq. Mama yang berdebar debar. Afiq dipanggil dan mama dan ayah teman kan Afiq. Menangis tu normal lah kan.
Setelah selesai, ayah dukung Afiq sampai kereta, nak dia jalan memang jauh lah. Acara pun ramai orang, jadi parking kat luar sekolah. Sampai rumah Afiq pun rehat dan tido... Tapi bila abis bius, Allah je yang tahu.,.. Mama 1st time, yelah xde adik beradik lelaki...so tak delah pengalaman macam tu....Alhamdulilah Afiq pun takde masalah sehingga sihat. Majlis doa selamat untuk Afiq pun mama buat selepas Afiq sihat.