Pagi Yang Dinanti – Jom Splash Mania! 🌊☀️
Keesokan paginya, anak-anak bangun dengan penuh semangat. Masing-masing sudah tidak sabar nak enjoy dan bermain air di Splash Mania! 😍🌊
Sebelum masuk ke Splash Mania, kami sarapan dahulu di kedai yang kami singgah makan malam pada malam sebelumnya. Isi perut dulu sebelum memulakan aktiviti seharian. Maklumlah, nak bermain air bukan sekejap! 😂
Nasib baik Mama sudah booking tiket lebih awal secara online melalui live mereka. Jadi, tak perlu risau nak beratur panjang untuk membeli tiket di kaunter.
Untuk tiket masuk, Mama booking:
- 🎟️ Dewasa: RM94 × 4 orang
- 🎟️ Kanak-kanak: RM83 × 3 orang
- ⚡ Express Lane: RM 65 X 3 orang untuk Kakak, Afiq dan Mia
Sebelum masuk, kami tunggu Kak Ina terlebih dahulu untuk mengambil Mak dan membawanya ke Putrajaya. Mak akan tinggal di Putrajaya sementara kami meneruskan aktiviti di Splash Mania.
Selesai semuanya, kami masuk dan terus menyewa locker untuk menyimpan barang-barang yang dibawa. Barang dah selamat disimpan, barulah boleh bermain dengan lebih tenang.
Tapi Afiq… memang dah tak boleh tunggu lama! 😂 Baru sampai, dah tak sabar-sabar nak turun main air.
Tengok anak-anak seronok, berlari sana sini dan begitu teruja nak mencuba permainan air yang ada, memang hilang rasa penat perjalanan semalam. ❤️
Happy betul anak-anak! 🥰
Dan paling penting…
Anak-anak happy, Mama Ayah pun happy! ❤️🌊
Hari yang penuh dengan gelak tawa pun bermula…
Jom kita tengok apa pula keseronokan yang menanti di Splash Mania! 😍
Maniac Racer – Memang Best! 🏁🌊
Seterusnya, Afiq, Kakak dan Mia mencuba permainan Maniac Racer. 🏁😆
Memang nampak seronok sangat! Mama sebenarnya tak sempat nak rakam video mereka dari awal sebab masing-masing dah laju meluncur. 😂
Apa yang sempat Mama rakam, dapatlah sikit untuk buat kenangan. Walaupun tak dapat rakam keseluruhan, yang penting mereka dapat enjoy dan rasa sendiri keseronokan Maniac Racer! ❤️
Yang ni memang BEST! Kalau datang lagi, memang nak cuba lagi. 😍🌊
No comments:
Post a Comment